AURA

AURA
SEBENARNYA KITA TIDAK NAMPAK DENGAN MATA KASAR BENTUK AURA KERANA TELAH DILINDUNGI HIJAB, TETAPI IANYA ADA (WUJUD).

TIPS

Disini saya berikan sedikit panduan berguna untuk anda amalkan (dengan ikhlas kerana Allah S.W.T).

Tahukah anda mengapa kita dibelenggu dengan kesusahan dan tekanan jiwa?
Kita solat tak tinggal tapi tetap susah dan tak maju dalam segala hal. Mengapa?
Kita sedekah selalu tapi tak kaya-kaya juga. Mengapa?
Kita buat baik dengan orang tapi orang tak baik pula dengan kita. Mengapa?

Antara sebab-sebabnya:
1) Jasad anda sihat, tetapi ROH anda sakit.
2) Anda sebagai jasad perlu makan dan minum, begitu juga dengan ROH anda perlukan makanan.
3) Terdapat banyak tenaga gelombang aura NEGATIF pada persekitaran anda.
4) Terdapat banyak prasangka yang NEGATIF dalam minda anda.
5) AURA yang ada pada anda bocor, busuk, buruk dan muram.
...........dan banyak lagi..........

Cara mengatasinya:
1) Sebelum mendirikan solat, wudhu' lah dengan sempurna dan tertib dan jangan tinggalkan doa selepas berwudhu' (jangan ambil tak kisah do'a tersebut walaupun ia sunnat, tetapi ambil khasiatnya dan kesannya amat dirasai).

2) Sebelum anda mendirikan solat, bulatkan niat anda untuk mendirikan solat kerana Allah dan memohonlah bantuan dari Allah semata-mata bukan kerana redha manusia.

3) Lafaz Takbiratulihram dengan betul iaitu 'Allaaaahhhhhhhu-ak-bar' (bermaksud 'Allah Maha Besar') bukan dilafaz dengan 'Aaaaaallah-huakhbar' (bermaksud 'Adakah Allah itu maha besar'?)...

4) Baca surah Al-Fatihah dengan betul makrash dan tajwidnya, jika salah dibaca akan tersebutlah 7 jenis nama syaitan didalam surah tersebut.

5) Jangan tinggalkan 'Toma'ninah' kerana ia adalah rukun. Ramai orang solat tidak melakukan 'Toma'ninah ketika bangun dari ruku'. Anda wajib berhenti sebentar (Toma'ninah) sewaktu berdiri tegak selepas bangun dari ruku' (jangan selepas anda bangun dari ruku' tangan masih bergoyang lagi dan terus sujud). Solat tanpa 'Toma'ninah adalah tidak SAH dan selama ini anda mungkin tidak solat langsung kerana solat seperti ini tidak diterima Allah. Neraka Wail adalah neraka untuk orang yang Solat tetapi solatnya tidak diterima.

6) Sewaktu anda duduk antara dua sujud, luruskan semua jari-jemari anda mengadap kiblat, bukan kebawah mengadap sejadah.

7) Sewaktu memberi salam, lafazkan dengan betul "As-salaa-mu'aa-lai-kum" bukan "As-salaa-mu'aa-lai-kom"... ramai orang beri salam dengan salah selama ini. Mungkin anda anggap ianya betul tetapi dari sebutan dalam bahasa 'arab ia tidak TEPAT langsung.

Sekian dahulu buat masa sekarang... saya akan bersambung lagi bab AURA untuk kalian semua.

Wassalam...

POTENSI DIRI

Definisi Potensi Diri
Pada dasarnya setiap manusia telah memiliki kekuatan dan potensi diri masing-masing. Tetapi sehingga kini masih ramai yang belum menyedari potensi didalam diri sendiri, sedangkan potensi setiap manusia adalah asas yang akan menjamin kejayaan dalam hidup sekiranya diasah dengan betul dan baik.

AURA METAFIZIK PERNOMBORAN.

Aura dan Metafizik Pernomboran menceritakan sebahagian besar kaitan kehidupan, persekitaran terhadap nombor yang kita miliki.

Kita memang telah sedia maklum bahawa "TENAGA" yang terdapat pada nombor memang tidak boleh dilihat dengan mata kasar seumpama arus elektrik tetapi "GETARAN TENAGA YANG ADA PADANYA" dapat dirasai.

Berdasarkan pengiraan metafizik pernomboran sama-ada Masihi atau Hijrah dan dengan menggunakan kaedah pengiraan secara Greek, Barat, Tajul Muluk (Kitab Melayu Lama), Matematik Moden atau Segitiga maka kaedahnya adalah untuk mendapatkan digit yang satu, iaitu kita dapat menyingkap rahsia terhadap sebahagian tabiat, tingkah laku, karektor, personaliti, kerjaya, kecenderungan, kebahagian seseorang individu tersebut.

Kunci Emas terhadap misteri rahsia seseorang itu dapat disingkap kerana kunci Emas tersebut berada ditangan anda dan terpulang kepada PENAFSIRAN-BAIK (penafsiran positif) terhadap sesama kita kerana itu adalah kekuatan "SIKAP MENTAL" diri kita sendiri. Kadangkala ianya mampu MENEUTRALKAN kehidupan dan persekitaran kita apabila kita memahami dan mengenali potensi diri kita sendiri.

NOMBOR, ELEMEN & HURAIAN

NOMBOR, ELEMEN & HURAIAN

KOMBINASI NOMBOR DAN HURAIANNYA.

KOMBINASI NOMBOR DAN HURAIANNYA.

CARA MENGENAL PASTI HURAIAN PADA KOMBINASI NOMBOR ANDA. (Contoh No. H/P)

CARA MENGENAL PASTI  HURAIAN PADA KOMBINASI NOMBOR ANDA. (Contoh No. H/P)
KETIGA-TIGA GAMBAR DIATAS ADALAH SEBAHAGIAN MUKA SURAT DARI BUKU SAYA.

BUKU METAFIZIK PERNOMBORAN

Adakah anda menghadapi beberapa halangan dalam kerjaya/perniagaan? (halangan kecil atau halangan besar) Adakah kesilapan kita atau berpunca dari persekitaran kita? atau memang takdir semata-mata? Jawapannya ada didalam buku ini.

KLIK DISINI untuk membuat pembelian Buku tersebut: